Ikuti Kami

New user coupon code: TUUDIBUDDY

Garis Panduan Pembungkusan

Anda boleh mencetak atau menulis nombor e-Nota Konsainan pada bungkusan.

  • Pembungkusan Barang

Bungkus setiap barang dengan bahan pembungkusan yang sesuai bagi melindungi produk daripada kerosakan semasa penghantaran. Pada masa yang sama, pastikan saiznya tetap minimum.

  • Saiz

Pastikan saiz bungkusan tetap minimum dan tidak melebihi nisbah berat kasar volumetrik. Panjang, lebar dan tinggi bungkusan juga tidak melebihi 30cm.
• Pengiraan Berat Volumetrik / 6000
• 30cm (panjang) x 30cm (berat) x 30cm (tinggi)

  • Had Berat

Pastikan bungkusan anda tidak melebihi 5kg. Pengukuran berat volumetrik akan digunakan untuk mengira caj penghantaran apabila berat volumetrik lebih besar daripada berat kasar.

Cara Membungkus Bungkusan Anda

Kami telah menyediakan panduan ringkas cara membungkus bungkusan anda.

Pilih Kotak Baharu - Pastikan kotak cukup besar untuk memuatkan barang anda. Kami mengesyorkan untuk menggunakan kotak baharu kerana kotak terpakai boleh mengakibatkan kerosakan pada barang anda memandangkan ia telah digunakan dan kurang daya tahanan.

Balut Dengan Bahan Pelindung – Bungkus barang anda dengan bahan pelindung (seperti balut gelembung) dan letakkan di dalam kotak bersama gabus (styrofoam) agar barang anda tidak bergerak di dalam kotak.

Gunakan Pita Pelekat Berkualiti - Pastikan anda menampal kotak termasuk tepi kotak dengan pita pelekat berkualiti. Anda boleh menggunakan kotak berganda bagi memastikan keselamatan barang anda dan letakkan gabus di antara kedua kotak tersebut.

Cetak e-Nota Konsainan - Cetak e-Nota Konsainan atau tulis nombor e-Nota Konsainan pada barang yang hendak dihantar dengan jelas. Sekiranya anda menggunakan kotak terpakai, anda harus memastikan label atau butiran penghantaran yang lama telah dipadamkan.

Tip Memastikan Barang Dihantar Dalam Keadaan Baik

  • Adakah anda tahu bahawa pembungkusan yang ala kadar boleh menyebabkan kerosakan dan melambatkan penghantaran barang? Berikut adalah tip yang boleh anda lakukan untuk memastikan setiap kotak atau dokumen yang anda hantar selamat tiba dan dalam keadaan sempurna.

1
Gunakan Kotak Baharu

Anda disarankan menggunakan kotak baharu kerana kotak terpakai boleh mengakibatkan kerosakan pada barang anda.

2
Elakkan Tempat Kosong

Penuhkan keseluruhan isi kotak dengan bahan pembungkusan seperti gabus untuk mengelakkan barang bergerak ketika penghantaran.

3
Tampal Kotak Dalam Bentuk H

Pastikan permukaan kotak ditampal dalam bentuk H termasuk tepi kotak dengan menggunakan pita pelekat berkualiti.

4
Dokumen

Gunakan sampul surat baharu atau kitar semula dan berikan butiran penghantaran yang jelas serta lengkap. Sekiranya menggunakan sampul surat terpakai, sila tutup atau padam butiran penghantaran sebelumnya dan berikan butiran penghantaran yang jelas.

Cara Membungkus Barang Yang Mudah Pecah

Lindungi barang-barang mudah pecah dengan teknik pembungkusan yang betul. Barang yang mudah pecah boleh sahaja dihantar menggunakan kurier asalkan anda membungkusnya dengan baik.

Bungkus barang yang mudah pecah dengan pembalut gelembung yang berkualiti tinggi.

Bungkus setiap barang secara berasingan dan gulung sebanyak dua atau tiga kali menggunakan pembalut gelembung sebelum dilekatkan dengan pita pelekat.

Susun barang dengan kemas dan penuhkan kotak dengan bahan pembungkusan seperti gabus untuk mengelakkan barang bergerak di dalam kotak.

Tampal atau lekatkan kotak sekurang-kurangnya tiga kali dengan pita pelekat berkualiti. Pastikan label barang mudah pecah dilekatkan pada kotak menggunakan pita pelekat lutsinar dan tidak menutup butiran penghantaran.

Cetak e-Nota Konsainan atau tulis nombor e-Nota Konsainan pada barang dengan jelas dan sedia untuk dihantar.

Perkara Yang Perlu Dielakkan

Untuk menjadi pengirim yang bertanggungjawab, anda perlu memastikan tidak menghantar barang terlarang yang dinyatakan oleh syarikat kurier. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda rujuk dan untuk lebih terperinci sila rujuk Terma dan Syarat di laman web TUUDI.

  • Haiwan, Cecair, Barang Basah, Beku, Makanan dan Minuman TIDAK DIBENARKAN.

  • Jangan menghantar barang yang mudah pecah dari jenis gelas putih melainkan ia dibungkus secara profesional tetapi sebenarnya masih tidak selamat untuk dihantar.

  • Jangan sesekali meletakkan barang di dalam kotak tanpa meletakkan bantalan antara dinding kotak dan barang.

  • Jangan sesekali menghantar wang, perhiasan atau karya seni yang tidak ternilai harganya melalui kurier.

  • Jangan memasukkan barang ke dalam kotak sehingga mampat. Anda perlu menggunakan ukuran kotak yang betul bagi memastikan barang tidak pecah semasa pengangkutan.