TUUDI adalah syarikat kurier yang memfokuskan pada sentuhan peribadi untuk pelanggan pada setiap langkah prosesnya. Kami menawarkan harga yang sangat kompetitif dan sistem tempahan yang mudah digunakan bagi memastikan pelanggan kami mendapat pengalaman yang terbaik setiap kali mereka menggunakan perkhidmatan kami.
TUUDI Parcel, anak syarikat TUUDI 3PL adalah syarikat kurier yang memfokuskan kawasan liputan perkhidmatan di sekitar Lembah Klang. Kami menawarkan perkhidmatan Penghantaran Hari Sama, Penghantaran Hari Esok, Penghantaran Atas Permintaan, dan Penghantaran Kurier Standard (Luar Kawasan). Penunggang TUUDI Parcel boleh menghantar bungkusan sehingga 5kg dan harganya serendah RM5.90 sahaja. Daftar secara percuma dan nikmati pakej topup kami sekarang!
TUUDI 3PL, telah mula berkhidmat di dalam industri Pemenuhan dan Logistik sejak tahun 2015. Kakitangan yang berpengetahuan dan berpengalaman menunjukkan peningkatan dalam trend perkhidmatan sejak syarikat ditubuhkan. Memenuhi keperluan standard kualiti dan menggunakan pendekatan pengurusan yang berorientasikan pelanggan.
Komited menyediakan perkhidmatan penghantaran bungkusan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan dan terus menambah baik perkhidmatan berdasarkan maklum balas yang diterima dari pelanggan. Kami akan terus berusaha meraih kepercayaan setiap pelanggan yang menggunakan perkhidmatan kami.
Menghubungkan orang, perniagaan, dan komuniti di seluruh Malaysia serta rantau Asia menggunakan kerangka kerja logistik bertaraf dunia.
Tugas kami adalah mengutamakan pelanggan yang telah memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan pengiriman bungkusan mereka. Setiap maklum balas pelanggan didengari dan dipertimbangkan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kami.
Pelanggan kami mempunyai pelbagai kehendak dan keperluan terutamanya apabila mereka menggunakan perkhidmatan kurier peribadi kami. Oleh itu, kemampuan kami untuk mengendalikan permintaan pelanggan secara fleksibel sangat penting bagi memenuhi keperluan mereka.
Kami mengutamakan sikap jujur dan telus dalam melaksanakan setiap kiriman bungkusan yang telah diamanahkan oleh pelanggan kami untuk terus meraih kepercayaan mereka.
Setiap kejayaan yang kami capai adalah hasil sokongan yang diberikan oleh pelanggan. Kami sentiasa terbuka menerima maklum balas pelanggan dan melihat kekurangan sendiri demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.
Kami sentiasa memastikan bungkusan pelanggan tiba tepat pada waktunya dan dihantar terus ke tangan penerima tanpa meninggalkan bungkusan di hadapan pintu. Kami menjaga bungkusan anda dalam setiap langkah dan anda boleh meletakkan sepenuh kepercayaan kepada kami tanpa rasa ragu.
Secara ringkasnya, kenapa anda harus pilih Tuudi, ini kerana kami peduli tentang anda. Kami sentiasa mendengar maklum balas anda mengenai perkhidmatan kami dan menjaga bungkusan anda dengan baik. Hubungan yang terjalin tidak harus berakhir selepas penghantaran pertama dan semestinya kami sentiasa bersedia memenuhi keperluan penghantaran bungkusan anda. Dengan TUUDI, anda boleh yakin bahawa kami adalah jujur, rendah diri dan boleh dipercayai.